Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.rum] | جاروم

Definisi : 1. keluli halus yg tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang (tempat me­masukkan benang) utk menjahit dll; seni ~ kepandaian mempergunakan jarum dan benang (utk menjahit dll); 2. benda tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pd jam): doktor itu menyuntik dgn ~ kasar; ~ jam menunjukkan pukul tujuh; 3. ki tipu muslihat yg halus: Presiden Nasser pula me­mainkan ~nya mengenai pengiriman sen­jata-senjata oleh Jerman Barat kpd Israel; ~ biku jarum peniti; ~ guni (karung) jarum kasar utk menjahit guni (karung); ~ jahit jarum utk menjahit; ~ kait jarum yg berkait (utk membuat renda dll); ~ layar jarum besar utk menjahit layar; ~ panjang jarum yg menunjukkan minit; ~ pendek jarum yg menunjukkan jam; ~ peniti = ~ penyemat jarum utk menyemat baju dll; ~ tisik jarum utk menisik; jarum-jarum jarum penunjuk pd alat tim­bang; berjarum 1. ada memakai jarum; 2. Id sedang disuntik; menjarum 1. mencucuk (membuat lubang, menyemat) dgn jarum; 2. Id menyuntik; 3. sesuatu yg menyerupai jarum (spt rumput, padi, rambut); menjarumi ki meresap masuk ke dlm, menusuk: yg dapat saya lakukan hanyalah merenung surat-surat yg tidak sempurna itu dan cuba mengusir kesedihan yg mulai ~ perasaan; terjarum 1. tersemat, tercucuk; 2. tertipu (dgn cara halus); jaruman 1. jahitan; 2. tipu daya yg sangat halus; 3. = penjaruman barua, muncikari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rum] | جاروم

Definisi : ; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), kayu tajam, segading jantan, meroyan, Ixora grandifolia; ~ merah sj tumbuhan (pokok renek), mata pelanduk, kepayang air, Ixora arguta; bunga ~ sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum, gading-gading, Pavetta indica; rumput ~ sj rumput yg buahnya tajam-tajam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.rum] | جاروم

Definisi : 1 besi halus yg tajam hujungnya dan berlubang pangkalnya utk menjahit: Saya selalu menolong emak mencucukkan benang pd ~ utk menjahit. 2 sesuatu yg tajam dan panjang yg menyerupai jarum jahit (utk mencucuk, memasukkan ubat dll): Doktor telah menyuntiknya dgn ~ yg kasar. ~ peniti (penyemat) jarum utk menyemat kertas atau kain. 3 alat penunjuk pd jam atau pd alat penimbang: ~ pendek menunjukkan pukul dua belas. 4 ki tipu muslihat secara halus: Sungguh pandai dia menjalankan ~nya utk melagakan pasangan suami isteri itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jarum

Puisi
 

Jarum panjang kerat nangka,
     Betik masak tepi penanggah;
Jangan tuan syak wasangka,
     Keris pendek seorang sebilah.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Ada jarum hendaklah ada benangnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kamera lubang jarumpin hole cameraKamera yang terdiri daripada sebuah kotak yang mempunyai satu lubang halus. Cahaya dari objek memasuki kotak melalui lubang tersebut lalu membentuk imej songsang pada dinding kotak yang bertentangan dengan lubang itu. Lihat RajahMenengah Atas
picagarisyringeAlat untuk menyedut cecair dan mengeluarkannya dalam aliran yang kecil. Picagari digunakan bersama jarum untuk menyuntik cecair ke dalam badan. Lihat RajahSekolah Rendah
kemuncuplove grassSejenis tumbuhan yang biasanya terdapat di kawasan padang yang dipencarkan oleh haiwan. Kemuncup dikenali juga sebagai rumput jarum. Lihat RajahSekolah Rendah
barometer aneroidaneroid barometerAlat untuk mengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada sebuah kotak logam yang nipis berbentuk cakera, tertutup, tidak berudara dan disokong oleh sebuah spring. Perubahan tekanan atmosfera yang berlaku ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada barometer tersebut. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas