lipan | centipede | Sejenis haiwan berkaki banyak. Lipan juga mempunyai bisa beracun yang boleh menyebabkan musuhnya mati. | Sekolah Rendah |
akar sokong | prop root | Akar yang tumbuh daripada batang dan juga daripada dahan, yang menjadi sokongan yang kuat kepada pokok itu. Contohnya, akar pokok pandan, tebu dan jagung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Marikh | Mars | Planet yang keempat jauhnya dari matahari. Marikh dikenali juga sebagai Planet Merah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
testis | testis | Organ pembiakan pada vertebrata jantan yang menghasilkan sperma dan juga hormon testosteron setelah mencapai kematangan seks. | Menengah Atas |
makromolekul | macromolecule | Molekul yang mempunyai jisim molekul yang sangat besar. Makromolekul juga biasanya merujuk kepada polimer yang mempunyai jisim molekul yang tinggi. Contohnya, protein dan asid nukleik. | Menengah Atas |
uretra | urethra | Salur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki. | Menengah Rendah |
zuriat | offspring | Hasil daripada proses pembiakan yang melahirkan organisma baru. Zuriat dikenali juga sebagai anak. | Sekolah Rendah |
tuas | lever | Alat yang digunakan untuk mengangkat atau mengumpil sesuatu objek. Tuas dikenali juga sebagai tuil. | Menengah Rendah |
pelvis | pelvis | 1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
keluli | steel | Logam keras yang diperbuat daripada campuran besi dengan karbon. Keluli dikenali juga sebagai besi waja. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |