Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.but] | کابوت

Definisi : 1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa menger­jakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~, teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; kekabutan keadaan kabut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.but] | کابوت

Definisi : ; ark mengabutkan mengebaskan (pakaian dll); ®kebut II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.but] | کابوت

Definisi : 1 wap air spt asap yg lebih tebal drpd kabus. 2 tidak terang; kabur; kelam. kelam-~, = kalang-~ a. gelap; tidak terang. b. kacau-bilau; huru-hara. berkabut 1 dilindungi atau ditutupi kabut; tidak terang; agak gelap. 2 ki sedih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kabut

Puisi
 

Tiga belas dayung kupaut,
     Hendak berdayung tanah seberang;
Hati di dalam kelam kabut,
     Tidak kulupa kepada abang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Takkan lari gunung dikejar,
     hilang kabut tampaklah dia.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah pasti.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jerebuhazeKabut bercampur debu yang terapung-apung di udara sehingga menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur. Lihat RajahSekolah Rendah
ampaiansuspensionCampuran zarah pepejal atau cecair yang kecil dalam medium cecair atau gas. Contohnya, zarah lemak dalam susu, dan zarah kabut dalam udara.Menengah Rendah

Kembali ke atas