Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.Öé.dah] | قاعده

Definisi : (kaédah) cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasar­kan prinsip-prinsip tertentu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.Öé.dah] | قاعده

Definisi : /kaédah/ cara atau peraturan membuat sesuatu; hukum atau prinsip: ~ mengajar cara mengajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaedah (kata nama)
Bersinonim dengan cara, aturan, hukum, prinsip, sistem, susunan, metode, teori, tata, ragam, norma, cara, laku, adat, kebiasaan, adat kebiasaan, lagam, lagu.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kaedahmethodCara atau peraturan melakukan sesuatu.Sekolah Rendah
permanian beradasartificial inseminationKaedah memasukkan sperma ke dalam salur pembiakan betina dengan menggunakan alat khas. Kaedah ini biasanya dilakukan dalam pembiakbakaan haiwan ternakan.Menengah Rendah
pentitratantitrationKaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu isi padu suatu larutan dengan mencampurkan larutan lain yang diketahui isi padunya melalui buret secara perlahan-lahan sehingga takat akhir dicapai dengan bantuan penunjuk.Menengah Rendah
pengelasanclassificationKaedah penyusunan organisma secara sistematik ke dalam kumpulan taksonomi berdasarkan kesamaan dan perbezaan masing-masing dengan mengambil kira faktor evolusi, fisiologi, genetik dan lain-lain.Menengah Rendah
ligasiligationKaedah mencegah kehamilan dengan cara memotong dan mengikat tiub Fallopio. Lihat RajahMenengah Rendah
rawakrandomSesuatu kaedah atau pelaksanaan yang tidak ditentukan atau diatur terlebih dahulu.Menengah Atas
penyiasatan saintifikscientific investigationKaedah penyiasatan mengikut pendekatan yang sistematik. Antaranya mengenal pasti masalah, mengenal pasti pemboleh ubah, membentuk hipotesis, merancang dan menjalankan penyiasatan, mengumpul data, menganalisis data dan membuat kesimpulan.Menengah Rendah
keratan batangstem cuttingKaedah pembiakan buatan pada tumbuhan yang melibatkan batang kecil, dan biasanya berdaun. Batang yang dipotong akan diletakkan dalam air atau pasir lembap supaya akar terbentuk, sebelum dipindahkan ke tanah. Contohnya, keratan batang pokok bunga ros. Lihat RajahSekolah Rendah
permanian beradasartificial inseminationKaedah memasukkan mani, atau sperma, ke dalam salur pembiakan haiwan betina dengan menggunakan alat atau radas.Menengah Atas
kultur tisutissue cultureKaedah pertumbuhan dalam medium pengkulturan berzat di luar organisma. Contohnya, bahagian daripada pucuk atau akar tumbuhan boleh dikultur dalam medium yang sesuai untuk menghasilkan pertumbuhan sel baharu.Menengah Atas
12

Kembali ke atas