kapilari | capillary | Salur paling halus dalam sistem peredaran darah yang menghubungkan arteri dengan vena. Melalui saluran ini, nutrien dan oksigen akan meresap ke dalam sel-sel badan, manakala sisa bahan dan karbon dioksida meresap keluar dari sel-sel badan. | Menengah Rendah |
tindakan kapilari | capillary action | Pergerakan bendalir melalui satu tiub halus akibat daya lekitan dan daya lekatan. | Menengah Atas |
kornea | cornea | Lapisan lut sinar yang meliputi bahagian hadapan mata dan tidak mempunyai kapilari darah. Kornea membiaskan cahaya yang melaluinya untuk membantu pemfokusan imej pada retina. | Menengah Rendah |
gelung Henle | loop of Henle | Bahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
daya lekatan | adhesion force | Daya tarikan antara dua molekul yang berbeza. Contohnya, daya antara molekul air dengan dinding kapilari xilem. | Menengah Atas |
alveolus | alveolus | Pundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Menengah Rendah |