Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kar.bo.hi.drat] | کربوهيدرت

Definisi : 1. sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yg terdapat semula jadi pd tumbuhan; 2. zat makanan (berupa gula dan kanji) yg memberi sumber tenaga kpd benda hidup (yg boleh meng­gemukkan badan jika diambil berlebihan); berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kar.bo.hi.drat] | کربوهيدرت

Definisi : ist 1 sebatian organik yg termasuk juga gula dan kanji. 2 zat makanan yg memberi tenaga (menggemukkan badan jika berlebihan). 3 sebarang makanan yg di dlmnya banyak terdapat gula atau kanji yg menggemukkan badan. berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata karbohidrat


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
karbohidratcarbohydratesKumpulan sebatian organik yang terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen yang membekalkan tenaga dalam badan.Menengah Rendah
kanjistarchKarbohidrat yang disimpan dalam tumbuhan. Kanji boleh didapati dalam beras, kentang atau roti.Menengah Rendah
polisakaridapolysaccharideKarbohidrat yang mempunyai berat molekul yang tinggi, yang terbentuk daripada kondensasi banyak unit monosakarida.Menengah Atas
antigenantigenProtein atau karbohidrat asing pada patogen yang berupaya merangsang penghasilan antibodi.Menengah Atas
monosakaridamonosaccharideSejenis gula ringkas daripada karbohidrat. Contohnya, glukosa, fruktosa dan galaktosa.Menengah Atas
glikoproteinglycoproteinProtein yang bergabung dengan karbohidrat.Menengah Atas
gizi seimbangbalanced dietGizi yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, galian, garam mineral dan air untuk memastikan kesihatan yang baik. Lihat RajahSekolah Rendah
penapaianfermentationProses penguraian bahan organik oleh mikroorganisma secara anaerob. Karbohidrat atau gula diuraikan menjadi tenaga, alkohol dan karbon dioksida.Menengah Rendah
diet seimbangbalanced dietKomposisi kelas makanan yang mengandungi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas mengikut nisbah yang betul bagi memenuhi keperluan individu.Menengah Rendah
zat makanannutrientBahan yang diperoleh daripada makanan seperti protein, karbohidrat yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan yang sempurna.Sekolah Rendah
12

Kembali ke atas