Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke sebelah luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pergi) ke bahagian luar; ke sebelah luar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,

Puisi
 

Kapal berlabuh di Kuala Sepetang,
     Membawa dagang ke luar negeri;
Kerana hari telah petang,
     Mohon izin mengundur diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina,
     jalan di tepi-tepi,
benang arang orang jangan dipijak,
     duduk di tapak tangga,
mandi di hilir orang,
     berdiri di luar-luar gelanggang.

Bermaksud :

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ventrikelventricleRuang yang terdapat pada jantung vertebrata. Ventrikel jantung menerima darah dari atrium, dan mengepamnya ke luar, ke seluruh tubuh melalui arteri.Menengah Atas
uretraurethraSalur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki.Menengah Rendah
kanta cembungconvex lensKanta yang permukaannya melengkung ke luar. Ia boleh menumpukan cahaya yang menerusinya. Lihat RajahMenengah Atas
uretraurethraSalur yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar tubuh mamalia.Menengah Atas
kanta dwicembungbiconvex lensKanta yang kedua-dua permukaannya melengkung ke luar. Ia boleh menumpukan cahaya yang menerusinya. Lihat RajahMenengah Atas
cermin cembungconvex mirrorCermin yang mempunyai permukaan pemantul yang bentuknya melengkung ke luar di bahagian tengahnya dan dapat memantulkan sinar selari dengan paksi utama menjadi sinar mencapah. Lihat RajahMenengah Atas
pantulan cahayareflection of lightSinar cahaya yang bergerak dalam garis lurus dan melantun ke luar objek. Permukaan yang bersinar akan memberikan pantulan imej kepada mata. Lihat RajahSekolah Rendah
farajvaginaSaluran dari uterus ke bukaan luar saluran genital wanita.Menengah Rendah
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju. Pecutan objek bergantung pada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut yang mempunyai jisim malar. Semakin besar daya yang dikenakan terhadap objek tersebut, semakin tinggi pecutan objek itu.Menengah Rendah
liang peluhsweat poreBukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas