Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mekanisme kawal aturregulatory mechanismSistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah.Menengah Atas
keadaan fizikalphysical stateBentuk kewujudan sesuatu bahan. Terdapat tiga keadaan jirim sesuatu bahan, iaitu pepejal, cecair dan gas.Menengah Atas
tenggelamsinkKeadaan sesuatu bahan yang berada di bawah permukaan cecair. Sesuatu objek akan tenggelam jika objek tersebut lebih tumpat daripada cecair.Menengah Rendah
pepejalsolidKeadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun rapat, padat dan teratur. Zarah-zarah bergetar pada kedudukan tetap. Jarak pemisah antara zarah adalah sangat kecil berbanding cecair dan tidak boleh dimampatkan. Contohnya, batu dan kayu.Menengah Rendah
cecairliquidKeadaan jirim yang zarah-zarahnya tersusun longgar, jarak antara zarah lebih besar berbanding pepejal, daya tarikan dan daya tolakan antara zarah yang lemah, sukar dimampatkan dan boleh mengalir tetapi tidak mempunyai bentuk yang tetap.Menengah Rendah
astigmatismeastigmatismKeadaan penglihatan yang kabur akibat kelengkungan kanta atau kornea yang tidak licin atau seragam. Kesannya, alur cahaya dari objek terfokus pada titik yang berlainan, sama ada di hadapan atau di belakang retina. Lihat RajahMenengah Rendah
tercemarcontaminatedKeadaan bahan yang tidak selamat digunakan atau dimakan kerana dicemari oleh mikroorganisma atau bahan yang beracun. Contohnya, makanan yang telah rosak.Sekolah Rendah
terancamendangeredKeadaan sesuatu yang sedang menghadapi bahaya.Sekolah Rendah
reputdecayKeadaan sesuatu organisma yang hancur atau musnah secara semula jadi.Sekolah Rendah
pupusextinctKeadaan sesuatu spesies tumbuhan dan haiwan yang tidak lagi wujud pada waktu ini. Contohnya, dinosaur.Sekolah Rendah
123456789

Kembali ke atas