Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu/] | کبوق

Definisi : 1. alat utk membuat laksa; 2. sj kepuk yg mengandungi piston atau omboh (pd enjin kereta); 3. ruang atau rongga tertutup; ~ awan (Fiz) sj radas yg mengandungi udara yg tepu lampau dgn wap (lazimnya alkohol) dan digunakan utk mengkaji zarah asas sesuatu bahan radioaktif; ~ jantung (Bio) ruang dlm jantung tempat darah berkumpul (ada empat kebuk pd jantung manusia); ~ pengionan (Fiz) sj radas yg berisi gas pd tekanan rendah, me­ngandungi dua elektrod (terdapat voltan tinggi di antara kedua-duanya), dan diguna­kan utk mengesan, mengukur, dan mengkaji sinaran pengionan; ~ wasap (Kim) sj kebuk yg dibina di dlm makmal dan digunakan sbg tempat utk menjalankan eskperimen yg menggu­nakan atau membebaskan bahan atau gas beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu/] | کبوق

Definisi : 1 liang yg dipasangi omboh (di dlm enjin kereta). 2 tabung atau kayu berongga utk membuat laksa. 3 ruang atau rongga tertutup. ~ awan ist alat yg digunakan utk mengkaji pelbagai fenomena berkaitan radioaktif. ~ wasap ist kebuk yg digunakan sbg tempat utk menjalankan uji kaji makmal yg menggunakan atau membebaskan gas beracun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebuk


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kebuk wasapfume chamberRuang yang digunakan untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan penggunaan atau pembebasan gas beracun. Kebuk ini dipasang dengan alat penyedut udara untuk menyedut gas beracun yang dibebaskan.Menengah Rendah
relaufurnaceKebuk atau struktur ruang bertutup yang mengandungi sumber haba seperti arang batu atau gas, yang digunakan untuk memproses keluli, melebur besi dan mengekstrak logam daripada bijihnya.Menengah Rendah
tiub Geiger-MullerGeiger-Muller tubeTiub yang terdiri daripada kebuk logam yang berbentuk silinder, berisi gas pada tekanan rendah, pada paksinya terdapat dawai halus yang bertindak sebagai anod. Tiub ini digunakan sebagai pembilang sinaran. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas