peringkat dewasa | adulthood | Tempoh masa kehidupan yang dilalui oleh seseorang dalam proses kehidupan selepas zaman remaja sehingga mencapai usia tua. | Menengah Rendah |
proses kehidupan | living process | Proses yang berlaku dalam organisma hidup. Contohnya, proses pernafasan, pencernaan dan perkumuhan. | Menengah Atas |
anaerob | anaerobic | Organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk kehidupan dan perkembangannya. | Menengah Atas |
faktor abiotik | abiotic factor | Faktor bukan hidup yang mempengaruhi kehidupan organisma hidup di dalam sesuatu persekitaran. Contohnya, suhu, tanah, atmosfera, dan cahaya matahari. | Menengah Atas |
organisma | organism | Sesuatu hidupan yang mempunyai struktur yang teratur dan menjalani proses kehidupan seperti menghasilkan keturunan, berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Contohnya, haiwan dan tumbuhan. | Menengah Rendah |
biokimia | biochemistry | Kajian tentang kimia organisma hidup untuk mengetahui struktur dan fungsi bahan kimia yang membentuk organisma tersebut. Kajian ini merangkumi perubahan-perubahan kimia yang berlaku semasa pertumbuhan, pembiakan, pemakanan, dan proses kehidupan yang lain. | Menengah Atas |