Kelvin | Kelvin | Unit suhu dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) yang digunakan sebagai unit asas termodinamik. Simbol K. | Menengah Rendah |
kelvin | kelvin | Unit SI bagi suhu. Simbolnya, K. | Menengah Atas |
suhu | temperature | Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu jasad, contohnya, skala celsius, kelvin atau fahrenheit. Suhu diukur dengan menggunakan termometer. | Menengah Atas |
skala suhu mutlak | absolute temperature scale | Skala yang suhunya disukat dalam unit kelvin (K). | Menengah Atas |
fotosfera | photosphere | Lapisan terendah atmosfera matahari yang mempunyai purata suhu kira-kira 6000 Kelvin. Lapisan ini memancarkan cahaya yang cerah. | Menengah Rendah |
unit asas | base unit | Unit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg). | Menengah Atas |
bintang raksasa merah | red giant star | Bintang raksasa yang mempunyai suhu permukaan antara 2000 - 3000 Kelvin dan diameternya 10 - 100 kali ganda diameter matahari. Bintang raksasa merah adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |
muatan haba | heat capacity | Jumlah tenaga haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak 1 kelvin. | Menengah Atas |
sifar mutlak | absolute zero | Suhu yang terendah pada semua bahan. Nilai sifar mutlak ialah -273.15°C atau 0 Kelvin. Pada suhu ini molekul sesuatu bahan tidak mempunyai tenaga kinetik. | Menengah Atas |