pembesaran | magnification | Nisbah saiz imej kepada saiz objek atau panjang imej kepada panjang objek. | Menengah Atas |
pH | pH | Nilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
wayar hidup | live wire | Wayar yang disambungkan kepada punca kuasa elektrik untuk mengalirkan tenaga elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat wayar hidup berwarna merah atau coklat. | Menengah Atas |
wayar hidup | live wire | Wayar yang disambungkan kepada punca bekalan kuasa elektrik untuk mengalirkan arus elektrik kepada perkakas elektrik seperti televisyen dan radio. Sarung penebat bagi wayar hidup berwarna coklat. | Menengah Rendah |
lipase | lipase | Enzim yang memangkinkan hidrolisis lemak kepada gliserol dan asid lemak, atau memangkinkan pemecahan lipoprotein kepada anion asid lemak dan gliserol. | Menengah Atas |
peleburan | melting | Proses perubahan jirim daripada pepejal kepada cecair. Tenaga haba yang dibekalkan akan diserap dan ditukarkan kepada tenaga kinetik. Apabila tenaga kinetik zarah pepejal mengatasi daya tarikan di antara zarah-zarah tersebut, susunan zarah dalam pepejal menjadi tidak sekata, dan akibatnya cecair akan terbentuk. | Menengah Rendah |
perubahan tenaga | energy change | Proses menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, tenaga keupayaan kepada tenaga kinetik. | Menengah Rendah |
penderma universal | universal donor | Individu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut. | Menengah Rendah |
sistem tatanama binomial | binomial system of nomenclature | Sistem tatanama organisma dalam bahasa Latin yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama merujuk kepada nama genus, manakala bahagian kedua merujuk kepada nama spesies. | Menengah Atas |
kertas litmus | litmus paper | Kertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali. | Menengah Rendah |