pH | pH | Nilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
substrat | substrate | 1. Bahan yang bertindak balas terhadap enzim atau mangkin. 2. Bahan makanan atau sokongan kepada tumbuhan atau haiwan yang kurang bergerak. | Menengah Atas |
pengecutan | contraction | 1. Proses yang menjadikan saiz sesuatu bahan semakin mengecil. 2. Pemendekan suatu otot sebagai gerak balas kepada impuls saraf motor. | Menengah Atas |
luka | wound | Kecederaan kepada kulit atau tisu hidup. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
peleburan | melting | Proses perubahan pepejal kepada cecair disebabkan oleh haba. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
penjana | generator | Mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
dinamo | dynamo | Penjana yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
sel suria | solar cell | Alat yang menukarkan tenaga suria kepada tenaga elektrik. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hemisfera | hemisphere | Bahagian separuh bumi, biasanya terbahagi kepada bahagian utara dan selatan yang ditandai oleh garis Khatulistiwa. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
elektrolisis | electrolysis | Proses penguraian sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebatian adalah dalam bentuk leburan atau larutan akueus. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |