keras | hard | Sifat kuat, kukuh, tidak mudah pecah, tidak mudah bengkok atau berubah keadaannya. | Sekolah Rendah |
kitin | chitin | Bahan keras yang membentuk cangkerang pada haiwan atau membentuk dinding sel pada sesetengah kulat. | Menengah Rendah |
kayu | wood | Struktur keras pada bahagian pokok yang digunakan untuk membuat kertas, perabot, arang dan lain-lain. | Menengah Rendah |
gigi | tooth | Struktur keras berwarna putih yang tumbuh pada gusi manusia dan haiwan, berfungsi untuk mengunyah dan menghancur makanan.Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tanduk | horn | Benda keras yang tumbuh di kiri dan kanan kepala beberapa jenis haiwan. Contohnya, tanduk rusa, kerbau dan lembu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
paruh | beak | Muncung keras seperti yang terdapat pada mulut burung. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
keluli | steel | Logam keras yang diperbuat daripada campuran besi dengan karbon. Keluli dikenali juga sebagai besi waja. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rangka dalam | endoskeleton | Struktur keras dalaman yang berada dalam haiwan vertebrat dan manusia yang terdiri dari tulang dan rawan. Rangka dalam berfungsi melindungi organ dan fungsi otot. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
meranti | shorea | Pokok berkayu keras dan tahan lama sifatnya. Meranti biasanya digunakan sebagai bahan untuk membuat bangunan, landasan rel kereta api dan tiang elektrik. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rangka luar | exoskeleton | Struktur penyokong keras yang berada di sebelah luar kulit sesetengah organisma. Lihat Rajah | Menengah Rendah |