kertas kobalt klorida | cobalt chloride paper | Kertas turas yang direndam di dalam larutan kobalt klorida. Kertas ini digunakan untuk mengesan kehadiran air. Warna kertas ini akan berubah daripada biru kepada merah jambu dengan kehadiran air. | Menengah Rendah |
asid | acid | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus biru menjadi merah dan biasanya berasa masam. Contohnya, buah tomato. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alkali | alkali | Bahan yang menukarkan warna kertas litmus merah menjadi biru, dan biasanya berasa pahit dan licin. | Sekolah Rendah |
neutral | neutral | Sifat bahan yang bukan asid dan bukan alkali dan tidak menukarkan warna kertas litmus merah dan biru. Contohnya, air, larutan gula dan minyak. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
asid | acid | Bahan yang bersifat mengakis, mempunyai nilai pH yang kurang daripada 7 dan menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah. Asid membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan alkali. | Menengah Rendah |
kertas litmus | litmus paper | Kertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali. | Menengah Rendah |