persekitaran | environment | Keseluruhan keadaan, tempat atau kawasan yang didiami oleh organisma, sama ada dari segi fizikal atau biologi yang mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan dan perlakuan organisma berkenaan. | Menengah Rendah |
biosfera | biosphere | Keseluruhan kawasan permukaan bumi, laut dan udara yang didiami oleh organisma hidup. | Menengah Atas |
alam sekitar | environment | Keseluruhan keadaan, tempat atau kawasan yang didiami benda hidup. | Sekolah Rendah |
gerak alih | locomotion | Pergerakan keseluruhan organisma, biasanya terhad pada haiwan, dari satu tempat ke satu tempat yang lain. | Menengah Atas |
corak interferens | interference patterns | Corak keseluruhan yang terbentuk apabila dua atau lebih gelombang saling bertindih atau superposisi. Lihat Rajah | Menengah Atas |
ekologi | ecology | Cabang biologi yang mengkaji keseluruhan aspek organisma hidup dan hubungannya dengan benda hidup yang lain, serta persekitarannya. | Menengah Atas |
fulkrum | fulcrum | Kedudukan tetap dalam sistem tuas bagi menyokong keseluruhan struktur alat tersebut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mutasi kromosom | chromosome mutation | Perubahan kepada struktur atau bilangan kromosom. Sebahagian atau keseluruhan set kromosom berubah struktur secara penggandaan, pelenyapan, penyongsangan atau translokasi. | Menengah Atas |
sampel | sample | Kuantiti kecil sesuatu bahan yang diuji untuk mendapatkan maklumat dan gambaran keseluruhan tentang sifat bahan tersebut. | Menengah Rendah |
kelenjar peluh | sweat gland | Kelenjar yang merembeskan peluh. Kelenjar ini terdapat pada hampir keseluruhan permukaan badan manusia dan primat peringkat tinggi, tetapi amat kurang pada mamalia lain. | Menengah Rendah |