Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : nyata, terang kelihatan: kecurangannya tidak ~ kpd suaminya atau jiran-jirannya; keketaraan perihal (keadaan atau sifat) ke­tara: bahan itu mengandungi penyerap cahaya khas utk mengurangkan ~ liang roma dan garis halus pd muka; ®kentara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jelas kelihatan; tampak dgn terang; kentara: Sesuatu perbuatan yg tidak jujur, lambat laun akan ~ juga akhirnya. keketaraan keadaan atau sifat ketara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketara (adjektif)
Bersinonim dengan kentara, nyata, tampak, nyata sekali, jelas sekali, terang kelihatan, waleh, berterang-terang, terang-terang;,

Puisi
 

Pandailah pandai membelah buah,
     Buah dibelah pakailah parang;
Pandailah pandai membawa olah,
     Jangan ketara di muka orang.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
dalam ketaraapparent depthUkuran kedalaman cecair yang kelihatan kurang daripada kedalaman yang sebenar apabila dipandang dari atas. Keadaan ini disebabkan oleh biasan cahaya. Nisbah dalam nyata terhadap dalam ketara memberikan nilai indeks biasan cecair tersebut.Menengah Atas
berat ketaraapparent weightUkuran berat yang mengalami kehilangan berat apabila berada di dalam cecair.Menengah Atas
variasi tak selanjardiscontinuous variationVariasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, jenis darah, kebolehan menggulung lidah, dan bentuk cuping telinga.Menengah Atas
variasi selanjarcontinuous variationVariasi yang tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, ketinggian dan berat badan.Menengah Atas

Kembali ke atas