Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperun­tukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : 1 yg diturunkan drpd anak kpd cucu dan seterusnya; turunan; zuriat. 2 sesuatu yg diwarisi. 3 menderita sesuatu yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tu.ru.nan] | کتورونن

Definisi : anak cucu; baka: Mereka ~ orang baik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,

Peribahasa

Sayang anak badak tampung,
     cucu konon badak raya.

Bermaksud :

Orang yang mengaku dirinya keturunan baik-baik. badak tampung = tenuk.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hemofiliahaemophiliaPenyakit keturunan yang menyebabkan darah tidak dapat membeku disebabkan gen resesif yang terukai pada kromoson seks X. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan yang teruk jika terluka, kerana darahnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membeku.Menengah Atas
kemandulansterilityKetidakupayaan organisma untuk menghasilkan anak atau keturunan.Menengah Rendah
bakabreedKumpulan haiwan atau tumbuhan yang dianggap bertalian keturunan yang sama dan mempunyai kebanyakan ciri yang sama.Sekolah Rendah
gengeneUnit asas pewarisan yang terdiri daripada DNA, yang menentukan baka atau ciri keturunan.Menengah Atas
organismaorganismSesuatu hidupan yang mempunyai struktur yang teratur dan menjalani proses kehidupan seperti menghasilkan keturunan, berkembang dan menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Contohnya, haiwan dan tumbuhan.Menengah Rendah

Kembali ke atas