Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kiam.bang] | کيامبڠ

Definisi : sj tumbuhan yg terapung-apung di air, Pistia stratiotes; ibarat ~ ki perihal tidak teguh dan tidak tetap; bagai (spt) ~ dilempar prb bersurai seketika kemudian berkumpul semula (bkn orang ramai yg berkumpul); biduk lalu ~ bertaut prb orang yg bertelingkah (berkelahi) yg kemudiannya berbaik semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kiam.bang] | کيامبڠ

Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan yg terapung-apung di air, Lemna spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiambang

Puisi
 

Dari hulu sampai ke hilir,
     Pokok kiambang tumbuh melata;
Cubalah ingat cubalah fikir,
     Siapalah dia di depan kita.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti kiambang dilempar.

Bermaksud :

Bercerai sebentar, lalu berkumpul kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kiambangwater lettuceTumbuhan yang hidup secara terapung pada permukaan air. Tumbuhan ini banyak ditemui di dalam kolam atau tasik air tawar. Lihat RajahSekolah Rendah
tumbuhan akuatikaquatic plantTumbuhan yang hidup di dalam atau di atas air. Contohnya, pokok kiambang.Menengah Rendah
batang rayaprunnerBatang yang bertunas dan membesar secara mendatar di atas tanah atau air. Contohnya, batang pokok labu dan kiambang. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas