kilogram | kilogram | Unit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi jisim. Singkatannya, kg. | Menengah Rendah |
kilogram | kilogram | Unit jisim yang bersamaan dengan 1000 gram. Simbolnya, kg. | Sekolah Rendah |
gram | gram | Unit jisim SI yang bersamaan dengan 0.001 kilogram. Simbolnya, g. | Sekolah Rendah |
ketumpatan | density | Jisim per unit isi padu sesuatu bahan yang dinyatakan dalam unit S.I., kilogram per meter padu. | Menengah Rendah |
unit piawai | standard unit | Unit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat. | Sekolah Rendah |
ukuran | measurement | Nilai pelbagai kuantiti hasil daripada pengukuran atau penyukatan. Contohnya, ukuran bagi jisim adalah dalam unit kilogram. | Sekolah Rendah |
jisim | mass | Kuantiti jirim dalam sesuatu jasad. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim tidak dipengaruhi oleh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram, kg. | Menengah Rendah |
unit asas | base unit | Unit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg). | Menengah Atas |
nilai kalori | calorific value | Jumlah haba yang dibebaskan semasa pembakaran sejumlah bahan api atau makanan tertentu. Nilai ini diukur dengan menggunakan kalorimeter bom, dan dinyatakan dalam unit joule per kilogram atau kalori per gram. | Menengah Rendah |
jisim | mass | Kuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram. | Menengah Atas |