Glosari Sains Untuk Sekolah
angin suria | solar wind | Aliran zarah bercas yang bergerak keluar dari matahari yang bergerak dengan kelajuan antara 400 km/s hingga 500 km/s. | Menengah Rendah |
lapisan ozon | ozone layer | Lapisan yang ketinggiannya kira-kira 20―30 km dari permukaan bumi. Lapisan ini menyerap radiasi sinar ultraungu yang berpunca daripada sinaran matahari. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
Kembali ke atas