wayar penyambung | connecting wire | Wayar yang menghubungkan komponen-komponen dalam litar elektrik. | Sekolah Rendah |
leraian daya | resolution of force | Proses yang membolehkan satu daya tunggal boleh diceraikan kepada dua komponen, iaitu komponen mendatar dan komponen menegak. | Menengah Atas |
sambungan | connection | Cantuman antara suatu komponen dengan komponen yang lain. | Sekolah Rendah |
penyambung | connector | Peranti atau alat yang menyambungkan satu komponen kepada komponen yang lain. | Sekolah Rendah |
homogen | homogeneous | Perihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair. | Menengah Rendah |
komponen | component | 1. Bahagian yang melengkapi atau yang mencukupkan sesuatu. Contohnya, komponen komputer terdiri daripada papan kekunci, skrin dan unit pemprosesan pusat. 2. Bahan atau zat yang membentuk sesuatu. Contohnya, nitrogen ialah komponen penting bagi protein | Sekolah Rendah |
komponen | component | Bahagian yang membentuk sesuatu bahan atau sistem. Contohnya, nitrogen merupakan komponen penting bagi protein. | Menengah Rendah |
gambar rajah litar | circuit diagram | Gambar rajah yang menggunakan simbol untuk mewakili semua komponen dalam litar dan bagaimana komponen tersebut bersambung antara satu dengan yang lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
plasma | plasma | Cecair tidak berwarna yang merupakan sebahagian daripada darah. Komposisi darah terdiri daripada dua komponen utama, iaitu plasma (55%) dan komponen sel (45%). | Menengah Rendah |
perintang | resistor | Komponen elektrik yang mengawal jumlah aliran arus elektrik dalam litar elektrik. | Menengah Rendah |