pendebungaan | pollination | 1. Pemindahan debunga daripada anter ke stigma sebelum persenyawaan berlaku pada angiosperma. 2. Pemindahan debunga daripada kon jantan ke kon betina sebelum persenyawaan pada gimnosperma. | Menengah Atas |
kon | cone | Objek yang meruncing ke hujung dari tapaknya yang rata dan bulat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sel kon | cone cell | Sel berbentuk kon yang terdapat pada retina mata, dan peka terhadap cahaya. Sel ini berfungsi dalam penglihatan warna dan kesensitifan mata terhadap warna. Sel ini berfungsi dengan baik dalam keadaan yang terang. | Menengah Atas |
kelalang kon | conical flask | Kelalang yang berbentuk kon dengan leher yang sempit dan dasar yang leper, dan digunakan untuk mengisi cecair. | Menengah Rendah |
gigi taring | canine tooth | Gigi yang berbentuk kon dan tajam, terletak di belakang gigi kacip. Gigi ini berfungsi untuk menebuk, menggigit dan mengoyak daging atau makanan lain. | Menengah Rendah |
gigi taring | canine teeth | Gigi yang berbentuk seperti kon, tajam, mempunyai satu akar, dan terletak di belakang gigi kacip. Gigi taring berfungsi untuk menyiat makanan. | Sekolah Rendah |
bintik buta | blind spot | Titik pada retina mata yang tidak peka terhadap cahaya kerana tidak mengandungi sel rod dan sel kon. | Menengah Rendah |
bintik kuning | yellow spot | Titik pada retina mata yang berada setentang dengan anak mata dan mempunyai paling banyak sel rod dan sel kon. Lihat Rajah | Menengah Rendah |