unit asas | base unit | Unit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg). | Menengah Atas |
jisim | mass | Kuantiti jirim dalam jasad. Kuantiti ini tetap, tidak kira sama ada jasad tersebut berada di bumi, di bulan, atau di planet lain. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim bebas daripada pengaruh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram. | Menengah Atas |
kuantiti asas | base quantity | Kuantiti fizikal yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti fizik yang lain. | Menengah Atas |
kuantiti fizik | physical quantity | Kuantiti yang boleh diukur. | Menengah Rendah |
kuantiti vektor | vector quantity | Kuantiti yang mempunyai magnitud dan arah. | Menengah Atas |
kuantiti fizik | physical quantity | Kuantiti fizikal sesuatu bahan yang boleh diukur. | Menengah Atas |
kuantiti terbitan | derived quantity | Gabungan kuantiti fizik asas melalui operasi pendaraban atau pembahagian atau kedua-duanya. Contohnya, isi padu, laju dan pecutan. | Menengah Atas |
sampel | sample | Kuantiti kecil sesuatu bahan yang diuji untuk mendapatkan maklumat dan gambaran keseluruhan tentang sifat bahan tersebut. | Menengah Rendah |
kelembapan | humidity | Kuantiti wap air yang terkandung di dalam udara. Semakin banyak wap air dalam udara semakin tinggi kelembapannya. | Menengah Rendah |
jisim | mass | Kuantiti jirim dalam sesuatu jasad. Jisim berbeza daripada berat kerana jisim tidak dipengaruhi oleh graviti. Jisim disukat dalam unit kilogram, kg. | Menengah Rendah |