kuku cakar | claws | Struktur tajam, keras dan runcing pada hujung kaki haiwan untuk membantunya mencengkam mangsa atau menyiat daging. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sistem integumen | integumentary system | Lapisan paling luar yang terdiri daripada kulit, kuku dan rambut yang melindungi tubuh daripada kecederaan. | Menengah Atas |
keratin | keratin | Protein gentian yang terdapat dalam epidermis vertebrata yang membentuk lapisan kulit, rambut, kuku, tanduk dan sisik. | Menengah Atas |
ektoderma | ectoderm | Lapisan paling luar pada germa embrio haiwan yang terdiri daripada tisu epidermis, seperti kuku, rambut dan kelenjar kulit. | Menengah Atas |
tuas kelas pertama | first class lever | Tuas yang kedudukan titik fulkrumnya terletak di antara beban dengan daya. Contohnya, gunting, playar dan pengetip kuku. Lihat Rajah | Menengah Rendah |