sudut genting | critical angle | Sudut tuju bagi cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan menghasilkan sudut biasan 90°. | Menengah Atas |
pantulan dalam penuh | total internal reflection | Pantulan cahaya apabila ia merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan sudut tujunya melebihi sudut genting. Lihat Rajah | Menengah Atas |
dalam ketara | apparent depth | Ukuran kedalaman cecair yang kelihatan kurang daripada kedalaman yang sebenar apabila dipandang dari atas. Keadaan ini disebabkan oleh biasan cahaya. Nisbah dalam nyata terhadap dalam ketara memberikan nilai indeks biasan cecair tersebut. | Menengah Atas |
alkana | alkane | Kumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 . | Menengah Atas |