perkumuhan | excretion | Proses menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan lagi oleh badan (bahan kumuh) melalui ginjal, kulit dan paru-paru. | Menengah Rendah |
pupus | extinct | Keadaan sesuatu spesies tumbuhan dan haiwan yang tidak lagi wujud pada waktu ini. Contohnya, dinosaur. | Sekolah Rendah |
diameter | diameter | Garis lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
depa | arm span | Ukuran dari hujung jari tangan hingga ke hujung jari tangan yang satu lagi dalam keadaan tangan direntangkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bolt | bolt | Batang logam yang mempunyai kepala di hujungnya dan beralur pada hujung yang satu lagi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
otot antagonistik | antagonistic muscle | Pasangan otot yang bertindak berlawanan, iaitu satu otot mengecut dan satu lagi otot mengendur. Contohnya, biseps dan triseps di lengan. | Menengah Atas |
hari | day | Masa yang diambil oleh bumi untuk berputar pada paksinya. Tempohnya dari terbit matahari hingga terbit matahari sekali lagi iaitu, selama 24 jam. | Sekolah Rendah |
parasitisme | parasitism | Hubungan antara dua organisma yang berbeza dan hidup bersama-sama dengan satu daripadanya mendapat faedah, manakala yang satu lagi mengalami kerugian. | Menengah Rendah |
komensalisme | commensalism | Hubungan antara dua organisma yang hanya memberikan faedah kepada satu pihak sahaja dan tidak merugikan pihak yang satu lagi. | Menengah Rendah |
rektifikasi gelombang separuh | half wave rectification | Rektifikasi setengah daripada gelombang sama ada separuh arus ulang-alik positif atau negatif dilalukan, sementara sebahagiannya lagi disekat. | Menengah Atas |