Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj serangga (yg biasanya hinggap pd benda kotor dan pd makanan); ~ hijau a) sj lalat yg hijau warnanya, Musca vicina; b) ark barua, pinang muda; c) Kl orang yg asyik merungut atau menyanyi; ~ kerbau sj lalat yg suka hinggap di badan kerbau, Oestrus spp.; ~ kuda sj lalat, Tabanus spp.; ~ rumah sj lalat yg biasa terdapat di rumah, Musca domestica; ~ tsetse sj lalat, Glossina spp.; ~ langau mengerumuni bangkai prb orang lelaki yg berhimpun di rumah perempuan jahat; ~ memanglah mencari puru prb lelaki jahat tentulah mencari perempuan jahat; bagai ~ mencari puru prb membuat sesuatu pekerjaan dgn cepat dan tergesa-gesa atau terlalu rakus mengejar keuntungan; belum terbang ~ prb pagi benar; spt ~ buta prb berpusing-pusing tidak tentu arah; tak ada ~ langau prb tidak ada seorang pun; berlalat dihurung lalat: bangkai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalat I

Puisi
 

Ambil parang cuba dikerat,
     Ekornya pendek putus sekerat;
Harimau garang dapat dijerat,
     Mulut ternganga dihurung lalat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Lalat langau mengerumuni bangkai.

Bermaksud :

Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
seranggainsectKumpulan haiwan kecil yang berkaki enam, terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, toraks, dan abdomen. Contohnya, seperti lalat dan nyamuk. Lihat RajahSekolah Rendah
pepatungdragonflySerangga yang mempunyai sepasang mata bersegi yang besar, dua pasang sayap panjang yang lut sinar dan merupakan pemangsa yang memakan serangga lain seperti nyamuk dan lalat. Pepatung dikenali juga sebagai odonata. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas