taman laut | marine park | Kawasan di dasar laut yang ditetapkan untuk pemuliharaan spesies laut. | Menengah Atas |
bayu laut | sea breeze | Pergerakan udara dari laut ke daratan disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada daratan yang berhampiran. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
penyahgaraman | desalination | Proses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu. | Menengah Rendah |
bayu darat | land breeze | Pergerakan udara dari daratan ke laut disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih panas daripada daratan yang berhampiran. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
dugong | dugong | Sejenis haiwan laut yang rupanya seakan-akan ikan paus kecil dan mempunyai kaki sirip. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
masin | salty | Rasa seperti air laut atau garam. | Sekolah Rendah |
umang-umang | soldier crab | Sejenis ketam laut yang kecil, yang biasanya tinggal di dalam kulit siput. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
biosfera | biosphere | Keseluruhan kawasan permukaan bumi, laut dan udara yang didiami oleh organisma hidup. | Menengah Atas |
petroleum | petroleum | Minyak mentah yang dijumpai di bawah tanah atau dasar laut. | Menengah Rendah |
tanah paya | wetland | Tanah rendah yang biasanya dilitupi oleh air dari tasik, sungai atau laut yang berhampiran dengannya. | Menengah Atas |