Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sing.ma.sing] | ماسيڠ-ماسيڠ

Definisi : sendiri-sendiri, tiap-tiap orang: semuanya sibuk dgn pekerjaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sing.ma.sing] | ماسيڠ-ماسيڠ

Definisi : tiap-tiap orang tidak berhubungan dgn yg lain; seorang-seorang; sendiri-sendiri: Mereka sibuk dgn pekerjaan ~. ~ tidak mahu mengalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masing
Kata Terbitan : masing-masing,

Puisi
 

Sang seromba ikan serinding,
     Anting-anting arus berduri;
Angin dan ombak mematah beting,
     Masing-masing membawa diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rambut sama hitam,
     hati masing-masing berlainan.

Bermaksud :

Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengelasanclassificationKaedah penyusunan organisma secara sistematik ke dalam kumpulan taksonomi berdasarkan kesamaan dan perbezaan masing-masing dengan mengambil kira faktor evolusi, fisiologi, genetik dan lain-lain.Menengah Rendah
pengelasanclassificationProses mengasingkan tumbuhan, haiwan dan objek ke dalam kumpulan mengikut persamaan dan perbezaan masing-masing.Sekolah Rendah
orbitorbitLaluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi.Menengah Rendah
transistortransistorPeranti elektronik yang digunakan sebagai amplifier arus. Ia terdiri daripada bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p, dengan mempunyai tiga terminal yang masing-masing berfungsi sebagai pengumpul, pengeluar dan tapak.Menengah Atas

Kembali ke atas