tempat tinggal | home | Tempat manusia atau haiwan berlindung dan melakukan aktiviti seharian seperti tidur, makan, membiak dan berkumuh. Contohnya, rumah. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mesin ringkas | simple machine | Alat atau perkakas yang membantu melakukan sesuatu kerja dengan mudah dan cepat. Contohnya, takal atau satah condong. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alga | algae | Kumpulan tumbuhan yang paling ringkas dan tidak mempunyai batang serta daun yang jelas. Alga boleh melakukan proses fotosintesis. Kebanyakan alga terdapat di dalam air, tanah dan batang tumbuh-tumbuhan. Contohnya, rumpai laut. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |