mikroskop elektron | electron microscope | Mikroskop yang menggunakan sinaran elektron untuk melihat objek yang sangat seni. Mikroskop elektron biasanya digunakan untuk meneliti mikroorganisma dan sel atau melihat struktur logam dan kristal. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mikroskop | microscope | Alat optik yang digunakan untuk melihat objek yang sangat seni. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kanta tangan | hand lens | Kanta pegangan tangan yang digunakan untuk melihat sesuatu objek yang kecil. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
teleskop | telescope | Peranti optik yang digunakan untuk melihat imej objek yang jauh seperti planet dengan membesarkan sudut penglihatan objek tersebut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mikroskop | microscope | Alat yang digunakan untuk melihat objek seni dengan menggunakan kanta atau sistem kanta. Contohnya, mikroskop cahaya dan mikroskop elektron. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
akomodasi | accommodation | Penyesuaian ketebalan kanta mata supaya mata dapat melihat objek pada jarak yang berbeza-beza dengan jelas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
periskop | periscope | Sejenis teropong yang digunakan untuk melihat sesuatu yang terhalang daripada pandangan mata menggunakan prinsip pantulan cahaya. Contohnya, penggunaan periskop dalam kapal selam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
teleskop angkasa lepas | space telescope | Teleskop yang berada di orbit bumi untuk melihat objek di alam semesta dengan jelas tanpa disekat oleh atmosfera bumi. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
periskop | periscope | Alat optik yang terdiri daripada satu tiub yang panjang dengan dua cermin satah yang selari di antara satu sama lain dan bersudut 45° dengan arah penglihatan. Alat ini digunakan di dalam kapal selam untuk melihat objek di atas permukaan air laut. Lihat Rajah | Menengah Rendah |