Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.tu] | ممبنتو

Definisi : memberi pertolongan, menolong, menyokong: keluarga itu sangat baik hati dan ~ saya dgn modal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.tu] | ممبنتو

Definisi : memberikan pertolongan; menolong: Dia berjanji akan ~ kami jika kami mendapat kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membantu

Puisi
 

Dewa-dewa melihat sakti,
     Diam dalam gua batu;
Jangan encik susah hati,
     Susah ada Tuhan membantu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Menggali paya menimbun bukit.

Bermaksud :

Membantu orang kaya dengan jalan menganiaya orang-orang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Menimbun tanah yang tinggi, menggali tanah yang lekuk).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
lidahtongueOrgan berotot pada lantai mulut yang berfungsi sebagai deria rasa, membantu menggerakkan makanan semasa mengunyah atau menelan dan membantu proses pertuturan.Menengah Rendah
flagelumflagellumStruktur bebenang halus dan panjang yang membantu pergerakan mikroorganisma.Menengah Rendah
mesin ringkassimple machineAlat atau perkakas yang membantu melakukan sesuatu kerja dengan mudah dan cepat. Contohnya, takal atau satah condong. Lihat RajahSekolah Rendah
sistem sokongansupport systemSesuatu ciri yang dapat membantu haiwan atau tumbuhan untuk terus hidup. Contohnya, cangkerang, rangka luar dan dalam pada haiwan, duri serta sulur paut pada tumbuhan.Menengah Atas
plateletplateletSerpihan sel yang terdapat dalam darah yang berfungsi membantu pembekuan darah. Sel ini tidak mempunyai nukleus dan diperoleh daripada sumsum tulang.Menengah Rendah
otot interkostaintercostal muscleOtot di antara dua tulang rusuk yang membantu mekanisme penafasan. Pengecutan dan pengenduran otot ini akan mengubah tekanan dan isi padu dalam rongga toraks.Menengah Rendah
plateletplateletSerpihan sel tanpa nukleus yang terdapat di dalam darah, membantu pembekuan darah.Menengah Atas
agen pendebungaanpollinating agentFaktor persekitaran seperti angin, serangga, air dan haiwan yang membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma ketika proses pendebungaan.Menengah Rendah
pelawasroughageMakanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna, seperti selulosa. Pelawas boleh membantu mencegah sembelit dan mengelakkan kanser usus. Makanan yang kaya dengan pelawas ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.Menengah Atas
topang ketiakcrutchesAlat yang diperbuat daripada kayu atau besi yang diletakkan di bawah ketiak bagi membantu seseorang yang cacat atau cedera pada kakinya untuk berjalan.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas