arteri pulmonari | pulmonary artery | Sepasang salur darah yang membawa darah terdeoksigen dari jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah yang terdeoksigen berbanding arteri-arteri lain yang membawa darah beroksigen dan nutrien ke dalam tisu tubuh. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
vena | veins | Saluran yang membawa darah ke jantung. | Menengah Atas |
trakea | trachea | Saluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk āCā. Trakea bercabang menjadi dua bronkus. | Menengah Rendah |
saraf auditori | auditory nerve | Saraf yang membawa impuls dari koklea ke otak. Saraf auditori menghantar maklumat yang berkaitan bunyi dan keseimbangan badan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
duktus sperma | sperm duct | Saluran yang membawa sperma dari testis ke uretra dalam sistem pembiakan lelaki. | Menengah Rendah |
tiub Fallopio | Fallopian tube | Salur yang berfungsi untuk membawa ovum dari ovari ke uterus. Salur ini merupakan tempat persenyawaan sperma dan ovum. Tiub Fallopio dikenali juga sebagai oviduktus. | Menengah Rendah |
arteri pulmonari | pulmonary artery | Arteri yang menghubungkan ventrikel kanan jantung ke paru-paru. Arteri pulmonari adalah satu-satunya arteri yang membawa darah ternyahoksigen ke paru-paru. | Menengah Atas |
tiub debunga | pollen tube | Tiub yang terbentuk apabila debunga jatuh ke atas stigma dan bercambah ke bawah menerusi stil untuk membawa gamet jantan kepada ovul. | Menengah Atas |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. | Menengah Rendah |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. Lihat Rajah | Menengah Atas |