Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.nar.kan] | ممبنرکن

Definisi : 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.nar.kan] | ممبنرکن

Definisi : 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membenarkan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengutubanpolarizationProses membenarkan cahaya lalu pada satu satah sahaja dengan menggunakan polaroid.Menengah Atas
penebatinsulatorBahan yang tidak membenarkan arus elektrik atau haba mengalir melaluinya. Kebanyakan bahan bukan logam merupakan penebat yang baik. Contohnya, kaca.Menengah Rendah
kekonduksianconductivityKeupayaan bahan untuk membenarkan cas elektrik atau haba melaluinya dengan mudah.Menengah Rendah
injapvalveSebarang struktur yang membenarkan aliran bendalir dalam satu arah sahaja dan berkebolehan menutup tiub atau saluran bagi mengelakkan aliran bendalir bergerak ke arah bertentangan.Menengah Rendah
lut sinartransparentSifat bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Contohnya, cermin pintu. Lihat RajahSekolah Rendah
lut cahayatranslucentSifat bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja melaluinya. Contohnya, cermin mata hitam. Lihat RajahSekolah Rendah
litar tertutupclosed circuitLitar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.Menengah Rendah
elektrodelectrodeKonduktor pepejal biasanya logam atau karbon yang diletakkan dalam elektrolit untuk membenarkan arus elektrik keluar masuk semasa elektrolisis.Menengah Rendah
penolakan cahaya berwarnasubtraction of coloured lightProses yang apabila turas warna hanya membenarkan satu warna sahaja boleh melaluinya.Menengah Atas
litar bersiriseries circuitLitar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas