penggera kebakaran | fire alarm | Alat yang memberi isyarat bunyi apabila berlaku kebakaran. | Menengah Rendah |
bakteria | bacteria | Mikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria ialah organisma unisel, mempunyai dinding sel dan boleh hidup sebagai parasit atau saprofit. | Menengah Rendah |
bakteria | bacteria | Mikroorganisma atau hidupan seni yang memberi manfaat atau boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Bakteria bersifat unisel, mempunyai dinding sel dan boleh bersifat autotrof parasit atau saprofit terhadap tumbuhan dan haiwan. | Menengah Atas |
kokaina | cocaine | Bahan yang diperoleh daripada daun koka yang memberi kesan rangsangan, narkotik dan digunakan dalam ubat bius. | Menengah Rendah |
daya | force | Tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberi kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk dan bertukar arah. | Sekolah Rendah |
kesan berbahaya | harmful effect | Perihal kesan yang tidak selamat dan boleh memberi akibat buruk kepada persekitaran dan kesihatan. | Sekolah Rendah |
pemanis | sweetener | Bahan berkalori rendah yang digunakan sebagai pengganti gula untuk memaniskan minuman dan makanan. Bahan ini digunakan untuk memberi rasa manis kepada minuman tanpa menambahkan kalori dalam bentuk gula. Contohnya, aspartame. | Menengah Atas |
kalsium | calcium | Unsur logam yang lembut berwarna kelabu yang menghasilkan garam bila bertindakbalas dengan asid. Unsur ini juga penting dalam diet manusia. Kekurangannya memberi kesan negatif kepada pembentukan tulang dan gigi. Formula Ca. | Menengah Rendah |
penderma universal | universal donor | Individu yang berdarah jenis O daripada sistem kumpulan darah ABO, yang boleh mendermakan darahnya kepada penerima yang mempunyai sebarang jenis darah tanpa memberi kesan bahaya kepada penerima tersebut. | Menengah Rendah |
pencemaran | pollution | Perubahan ciri-ciri kimia, biologi atau fizik yang tidak diingini ke atas persekitaran semula jadi oleh bahan pencemar yang terhasil daripada kegiatan manusia. Pencemaran memberi kesan buruk terhadap kualiti air, tanah atau atmosfera. | Menengah Rendah |