Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bia/] | ممبياق

Definisi : menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bia/] | ممبياق

Definisi : bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak: Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiak


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pembiakanreproductionProses membiak untuk menghasilkan anak bagi memastikan sesuatu spesies tidak pupus.Sekolah Rendah
cendawanmushroomTumbuhan yang tidak berdaun, tidak berakar dan membiak melalui spora. Sesetengah cendawan tidak boleh dimakan kerana beracun. Lihat RajahSekolah Rendah
yisyeastOrganisma satu sel yang termasuk dalam kumpulan fungus, dan membiak secara pertunasan. Yis biasanya digunakan dalam pembuatan roti. Yis dikenali juga sebagai ragi. Lihat RajahSekolah Rendah
paku pakisfernSejenis tumbuhan berdaun, berbentuk seperti bulu pelepah dan membiak melalui spora yang terdapat di bahagian bawah daun. Lihat RajahSekolah Rendah
habitathabitatTempat tinggal organisma. Ia mempunyai keperluan seperti makanan, ruang untuk membiak dan membesar, serta perlindungan.Menengah Atas
proses hiduplife processProses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan.Sekolah Rendah
virusvirusMikroorganisma yang paling kecil dan dikelilingi oleh lapisan protein yang boleh menjangkiti dan membiak dalam objek yang dijangkitinya. Lihat RajahSekolah Rendah
tempat tinggalhomeTempat manusia atau haiwan berlindung dan melakukan aktiviti seharian seperti tidur, makan, membiak dan berkumuh. Contohnya, rumah. Lihat RajahSekolah Rendah
benda hidupliving thingBenda yang boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma.Sekolah Rendah
populasipopulationSekumpulan organisma daripada spesies yang sama, yang tinggal di habitat yang sama, dan mampu membiak.Menengah Atas
12

Kembali ke atas