fotosintesis | photosynthesis | Proses membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan dengan adanya cahaya matahari, karbon dioksida, klorofil dan air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bahan | material | Sesuatu yang digunakan untuk membuat objek. Contohnya, logam, kayu dan getah. | Sekolah Rendah |
polistirena | polystyrene | Bahan tiruan yang digunakan untuk membuat pelbagai barangan seperti bekas bungkusan makanan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
klorofil | chlorophyll | Bahan hijau pada daun yang membolehkannya membuat makanan sendiri dengan kehadiran cahaya matahari, air dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
batu kerikil | pebble | Batu kecil yang biasanya digunakan untuk membuat jalan dan lain-lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kayu | wood | Struktur keras pada bahagian pokok yang digunakan untuk membuat kertas, perabot, arang dan lain-lain. | Menengah Rendah |
penyahhutanan | deforestation | Pemusnahan hutan secara kekal. Contohnya, pembasmian hutan untuk membuat jalan raya dan bangunan. | Sekolah Rendah |
penyahhutanan | deforestation | Proses pemusnahan hutan secara kekal. Contohnya, penebangan hutan untuk membuat jalan raya dan bangunan. | Menengah Rendah |
bauksit | bauxite | Sebatian kimia semula jadi yang merupakan sumber utama untuk membuat aluminium. | Menengah Rendah |
silikat | silicate | Sebatian yang terdiri daripada unsur silikon, oksigen dan logam, digunakan untuk membuat simen dan kaca. Contohnya, asbestos, mika dan tanah liat. | Menengah Rendah |