Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : 1. mematikan, menghilangkan nyawa: dia dituduh ~ kawannya; 2. memadamkan (api, tulisan, dll), menghapuskan (sesuatu), meluputkan: sebelum dapat dibunuh, api telah menjalar ke sekeliling rumah; ia ~ perkataan yg telah ditulisnya;Tuan Hess ~ maksud Encik Ramli; sikap begini akan ~ keyakinan diri anak-anak itu sendiri; 3. menutup (menampal) tempat yg bocor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.nuh] | ممبونوه

Definisi : melakukan sesuatu terhadap benda-benda yg bernyawa supaya mati; mematikan: Dua orang pemuda telah dikenakan hukuman gantung kerana ~ seorang polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membunuh

Puisi
 

Bukan bukit saja meruntuh,
     Orang Serani meruntuh juga;
Bukan penyakit saja membunuh,
     Dendam berahi membunuh juga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Merebut merampas,
     membunuh membangun.

Bermaksud :

Segala perbuatan jahat harus mendapat hukuman yang setimpal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencencang memampas, membunuh membangun, b. Salah bunuh memberi balas, salah cencang memberi pampas).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
antiseptikantisepticBahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit, luka dan alatan pembedahan. Contohnya, iodin, alkohol dan asid borik.Menengah Rendah
racun seranggainsecticideBahan beracun yang digunakan untuk membunuh serangga dan biasanya digunakan dalam pertanian, perubatan, industri atau rumah.Sekolah Rendah
pemburuan secara haramillegal huntingAktiviti mencari atau membunuh haiwan tanpa kebenaran.Sekolah Rendah
penyalaiansmokingProses mengawet bahan makanan menggunakan asap. Asap boleh membunuh bakteria dan mikroorganisma, mengeringkan dan juga memberikan rasa kepada makanan. Contohnya, ikan salai dan pisang salai. Lihat RajahSekolah Rendah
pempasteuranpasteurizationProses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskannya dalam suhu yang tertentu bagi membunuh hampir keseluruhan bakteria dan diikuti oleh penyejukan dalam suhu yang tertentu. Contohnya, yogurt dan susu. Lihat RajahSekolah Rendah
pengetinancanningProses mengawet bahan makanan dengan cara makanan dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan di dalam tin kedap udara.Sekolah Rendah
pembotolanbottlingProses mengawet bahan makanan dengan cara makanan atau minuman tersebut dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan dalam botol kedap udara.Sekolah Rendah

Kembali ke atas