Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.dah.kan] | ممودهکن

Definisi : 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.dah.kan] | ممودهکن

Definisi : 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
perkakasappliancePeralatan yang dicipta untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Contohnya, seterika elektrik dicipta untuk memudahkan kerja menyeterika pakaian.Sekolah Rendah
alurgrooveBahagian yang berlekuk, yang bertujuan untuk memudahkan pergerakan objek. Lihat RajahSekolah Rendah
grisgreaseBahan berminyak dan pekat, yang digunakan untuk mengurangkan geseran, dan memudahkan pergerakan objek. Lihat RajahSekolah Rendah
lentisellenticelLiang yang menembusi epidermis batang atau akar. Liang ini terbina daripada longgokan sel gabus yang tersusun longgar untuk memudahkan pertukaran gas di antara udara dengan sel batang atau akar.Menengah Atas

Kembali ke atas