mendakan | precipitate | Hasil pepejal yang diperoleh daripada sesuatu tindak balas kimia yang berlaku dalam larutan. Contohnya, argentum klorida terhasil apabila larutan natrium klorida ditambah ke dalam larutan argentum nitrat. | Menengah Rendah |
mendakan | precipitate | Pepejal yang tidak larut, yang terhasil dalam sesuatu tindak balas kimia, yang berlaku dalam larutan. | Menengah Atas |
ujian Millon | Millon’s test | Ujian untuk menguji kehadiran protein. Mendakan putih terbentuk apabila protein ditambahkan dengan reagen Millon. Kemudian, mendakan putih bertukar menjadi merah bata apabila campuran dipanaskan. | Menengah Rendah |
haba pemendakan | heat of precipitation | Perubahan tenaga apabila satu mol mendakan terbentuk daripada ion-ionnya. | Menengah Atas |
ujian Benedict | Benedict’s test | Ujian untuk mengesan kehadiran gula penurunan seperti glukosa, fruktosa dan maltosa. Mendakan merah bata terbentuk apabila larutan yang mengandungi gula penurunan dipanaskan bersama larutan Benedict. | Menengah Rendah |