Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öa.ki.bat.kan]/ | مڠعاقبتکن

Definisi : mendatangkan akibat, me­nye­babkan terdapatnya atau berlakunya se­suatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengke­taan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öa.ki.bat.kan]/ | مڠعاقبتکن

Definisi : mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakibatkan

Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penularantransmissionPerpindahan patogen yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada individu yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung.Menengah Atas
perlanggaran berkesaneffective collisionPelanggaran zarah yang mengakibatkan tindak balas kimia.Menengah Atas
begukmumpsPenyakit yang disebabkan oleh virus, yang mengakibatkan demam dan bengkak pada kelenjar liur. Lihat RajahSekolah Rendah
panautineaPenyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, mengakibatkan tompok putih pada kulit dan menimbulkan rasa gatal. Lihat RajahMenengah Atas
penyakit ParkinsonParkinson’s diseasePenyakit gangguan saraf kronik yang mengakibatkan kekurangan kawalan ke atas pergerakan, kurang keseimbangan dan koordinasi.Menengah Atas
goutgoutPenyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi.Menengah Atas
pertumbuhan sekundersecondary growthPertumbuhan yang berlaku hasil pembahagian sel pada meristem sisi yang mengakibatkan diameter akar dan batang tumbuh.Menengah Atas
kerosakan makananfood spoilageProses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat.Menengah Rendah
pemanasan globalglobal warmingProses peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh menyebabkan perubahan pada pola cuaca dan akan mengakibatkan bencana seperti tsunami dan kemarau.Sekolah Rendah
sindrom DownDown syndromeSindrom pada manusia, iaitu kecacatan sejak lahir yang berpunca daripada mutasi kromosom, iaitu kromosom yang terlebih satu pada kromosom ke-21. Ia mengakibatkan kemerosotan intelektual dan ketidaknormalan fizikal. Contohnya, dahi lebar, mata sepet dan hidung penyek.Menengah Atas

Kembali ke atas