gangsa | bronze | Aloi kuprum yang mengandungi 1 - 10% timah. Gangsa yang khusus mengandungi unsur lain seperti aluminium, zink, silikon dan fosforus. | Menengah Rendah |
vakuol | vacuole | Struktur dalam sel tumbuhan yang mengandungi sap sel. Sap sel mengandungi air, gula, oksigen dan bahan-bahan lain. | Menengah Rendah |
homogen | homogeneous | Perihal kumpulan yang mengandungi ciri, fasa atau komponen yang sama, supaya komponen tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, campuran homogen gula dan air yang hanya mengandungi satu fasa cecair. | Menengah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
semen | semen | Bendalir yang mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yang dihasilkan oleh individu lelaki dan mamalia jantan. | Menengah Rendah |
kloroplas | chloroplast | Organel yang mengandungi klorofil yang terdapat dalam tumbuhan hijau. | Menengah Rendah |
fluorida | fluoride | Sebatian yang mengandungi fluorin dengan unsur lain. Fluorida biasanya dicampurkan dengan ubat gigi untuk mencegah karies gigi. | Menengah Rendah |
atmosfera | atmosphere | Lapisan yang mengandungi gas-gas yang menyelubungi bumi. Contohnya, nitrogen, oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
vakum | vacuum | Ruang yang tidak mengandungi jirim dan mempunyai tekanan yang rendah. | Menengah Rendah |