xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan, dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
floem | phloem | Tisu tumbuhan yang mengangkut bahan makanan yang disintesiskan seperti gula dan protein, dari daun ke bahagian tumbuhan yang lain, untuk digunakan atau disimpan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
tisu vaskular | vascular tissue | Tisu ini mengangkut air dan nutrien dalam tumbuhan. Ia tisu yang terdiri daripada xilem dan floem. Lihat Rajah | Menengah Atas |
floem | phloem | Tisu vaskular yang berfungsi untuk mengangkut bahan makanan seperti gula dari daun ke bahagian tumbuhan yang lain. | Menengah Rendah |
sistem limfa | lymphatic system | Jaringan pembuluh yang mengangkut elektrolit, air, protein dan lain-lain, dalam bentuk limfa ke aliran darah. | Menengah Atas |
sel darah merah | red blood cell | Sel darah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Sel ini berbentuk ceper cekung dan tidak mengandungi nukleus. | Menengah Rendah |
jasad Golgi | Golgi body | Organel sel eukariot, yang terdiri daripada timbunan kantung pipih bermembran. Ia berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus, dan mengangkut protein, karbohidrat dan glikoprotein. | Menengah Atas |
anemia | anaemia | Penyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. | Menengah Rendah |