Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wal] | مڠاول

Definisi : 1. menjaga dan me­ngawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wal] | مڠاول

Definisi : 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pentermokawalaturanthermoregulationMekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh.Menengah Atas
perintangresistorKomponen elektrik yang mengawal jumlah aliran arus elektrik dalam litar elektrik.Menengah Rendah
sitokinincytokininHormon tumbuhan yang mengawal pembahagian sel dan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan.Menengah Atas
perintangresistorKomponen elektrik yang mengawal arus.Menengah Atas
estrogenestrogenSekumpulan hormon yang mengawal perkembangan seksual wanita.Menengah Atas
hormon sekssex hormoneHormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari.Menengah Rendah
sistem autonomikautonomic systemSistem saraf yang mengawal atur aktiviti otot kardium, otot licin dan kelenjar. Sistem saraf ini terdiri daripada saraf simpatetik, sistem saraf parasimpatetik dan sistem saraf enterik.Menengah Atas
termostatthermostatAlat yang digunakan untuk mengukur dan mengawal suhu sesuatu mesin atau ruang bagi satu nilai yang ditetapkan. Alat ini terdapat di dalam ketuhar, peti ais dan sebagainya.Menengah Rendah
perintang boleh ubahvariable resistorPerintang yang boleh mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektrik. Contohnya, penggunaan pada alat ubah bunyi radio atau televisyen.Menengah Rendah
otakbrainOrgan di bahagian dalam kepala yang mengawal pemikiran. Otak terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata. Lihat RajahMenengah Rendah
123

Kembali ke atas