jirim | matter | Bahan yang mengisi ruang dan mempunyai jisim. Jirim yang berbeza mempunyai struktur yang berbeza. Jirim wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas. | Menengah Rendah |
bikar | beaker | Bekas yang digunakan untuk mengisi cecair. | Menengah Rendah |
kelalang | flask | Bekas yang diperbuat daripada kaca untuk mengisi cecair, yang digunakan semasa eksperimen di dalam makmal. | Menengah Rendah |
mangkuk pijar | crucible | Bekas yang diperbuat daripada porselin, digunakan untuk mengisi bahan yang akan dilebur atau dibakar. | Menengah Rendah |
gas | gas | Jirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah. | Menengah Rendah |
bikar | beaker | Bekas kaca yang berbentuk silinder, berbibir, tidak bertutup dan biasanya digunakan untuk mengisi cecair. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kelalang dasar leper | flat bottom flask | Kelalang yang rata pada bahagian dasarnya dan digunakan untuk mengisi cecair. | Menengah Rendah |
kelalang kon | conical flask | Kelalang yang berbentuk kon dengan leher yang sempit dan dasar yang leper, dan digunakan untuk mengisi cecair. | Menengah Rendah |
helium | helium | Gas yang tidak mudah terbakar, sangat ringan dan tidak reaktif dari segi kimia. Helium diperoleh daripada pencairan gas asli dan digunakan untuk mengisi belon udara. | Menengah Rendah |