Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ngu.kur] | مڠوکور

Definisi : mengeruk isi kelapa dgn menggunakan kukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,

Peribahasa

Menimbang (= mengati) sama berat,
     mengukur sama panjang.

Bermaksud :

Hukuman yang tiada berat sebelah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
voltmetervoltmeterAlat untuk mengukur voltan. Terdapat dua jenis voltmeter, iaitu voltmeter gegelung bergerak dan voltmeter besi bergerak. Lihat RajahMenengah Rendah
ohmohmUnit untuk mengukur rintangan elektrik. Simbol Ω.Menengah Rendah
angkupcallipersAlat untuk mengukur diameter dalam dan luar sesuatu objek.Menengah Rendah
kepersisanprecisionKeupayaan untuk mengukur sesuatu kuantiti secara konsisten.Menengah Atas
fotogetphotogateAlat untuk mengukur masa antara peristiwa yang diganggu oleh alur inframerah.Menengah Atas
termostatthermostatAlat yang digunakan untuk mengukur dan mengawal suhu sesuatu mesin atau ruang bagi satu nilai yang ditetapkan. Alat ini terdapat di dalam ketuhar, peti ais dan sebagainya.Menengah Rendah
galvanometergalvanometerAlat untuk mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil. Lihat RajahMenengah Rendah
angkup luarexternal callipersAlat untuk mengukur diameter luar sesuatu objek.Menengah Rendah
angkup dalaminternal callipersAlat untuk mengukur diameter dalam sesuatu objek.Menengah Rendah
barometer aneroidaneroid barometerAlat untuk mengukur tekanan atmosfera yang terdiri daripada sebuah kotak logam yang nipis berbentuk cakera, tertutup, tidak berudara dan disokong oleh sebuah spring. Perubahan tekanan atmosfera yang berlaku ditunjukkan oleh jarum penunjuk pada barometer tersebut. Lihat RajahMenengah Atas
1234

Kembali ke atas