Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.kit.kan] | مڽاکيتکن

Definisi : menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dll), menyebabkan berasa sakit: hulu kikir yg bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya; ~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dsb): Zarina ketawa seolah-olah me­ngejek-nya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yg sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yg melihatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.kit.kan] | مڽاکيتکن

Definisi : menimbulkan rasa sakit; mendatangkan sakit: Hulu kikir yg bujur akan ~ tangan ketika menggunakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sakit (adjektif)
1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa,
Berantonim dengan selesa

3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit,
Berantonim dengan bahagia

Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
goutgoutPenyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi.Menengah Atas

Kembali ke atas