Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.bab.kan] | مڽببکن

Definisi : menjadikan sebab, meng-akibatkan: hanya belas kasihan oranglah yg ~ dia masih hidup menumpang di rumah itu; hal ini telah ~ kemarahannya semakin meluap-luap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.bab.kan] | مڽببکن

Definisi : mendatangkan atau menimbulkan sesuatu; menjadikan sebab; mengakibatkan: Apa yg ~ bandar itu maju dgn cepat? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebabkan

Peribahasa

Mandi dalam cupak.

Bermaksud :

Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kurapringwormPenyakit kulit yang disebabkan oleh kulat, yang menyebabkan rasa gatal, dan menyebabkan kulit kelihatan bertompok-tompok.Menengah Atas
aerofoilaerofoilStruktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang.Menengah Atas
pemanasan globalglobal warmingFenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan.Menengah Rendah
patogenpathogenMikroorganisma yang menyebabkan penyakit, terutamanya mikroorganisma hidup. Contohnya, bakteria atau kulat.Menengah Atas
mutagenmutagenAgen yang menyebabkan mutasi pada sesuatu organisma.Menengah Atas
kulapukmouldSejenis kulat yang menyebabkan pertumbuhan bulu halus di permukaan makanan atau pada tumbuh-tumbuhan yang lembap dan reput. Lihat RajahSekolah Rendah
cirit-biritdiarrhoeaKeadaan yang menyebabkan seseorang mengeluarkan najis cair dengan kerap.Sekolah Rendah
meiosismeiosisPembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid.Menengah Atas
hemofiliahaemophiliaPenyakit keturunan yang menyebabkan darah tidak dapat membeku disebabkan gen resesif yang terukai pada kromoson seks X. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan yang teruk jika terluka, kerana darahnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membeku.Menengah Atas
halusinogenhallucinogenUbat yang boleh menyebabkan halusinasi.Menengah Atas
123456

Kembali ke atas