Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ta.bo.lis.me] | ميتابوليسمى

Definisi : (métabolisme) (Bio) proses kimia yg berlaku dlm semua sel hidup yg melibatkan pembinaan sebatian kompleks dan pengurai­annya semula menjadi sebatian ringkas utk menghasilkan tenaga; memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme: jika ubat itu diberi-kan dlm dos yg tinggi, hati mungkin tidak mempunyai enzim yg cukup utk ~nya; ke-upayaan tubuh utk ~ makanan dan meng-hasilkan tenaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ta.bo.lis.me] | ميتابوليسمى

Definisi : /métabolisme/ ist proses kimia dan fizikal yg melibatkan pembinaan bahan makanan yg lebih kompleks dan penguraian bahan yg kompleks menjadi bahan yg lebih ringkas, dan ini menghasilkan tenaga. memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme: keupayaan tubuh utk ~ makanan dan menghasilkan tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metabolisme


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
metabolismemetabolismProses biokimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup.Menengah Atas
proses metabolismemetabolic processPerubahan kimia dan fizikal yang berlaku dalam badan dan membolehkan pertumbuhan badan yang berterusan.Menengah Atas
anabolismeanabolismProses metabolisme yang membina molekul kompleks daripada bahan ringkas dengan menggunakan tenaga.Menengah Atas
metabolitmetaboliteBahan yang terhasil daripada proses metabolisme.Menengah Atas
vesikelvesicleRongga kecil atau kantung yang mengandungi hasil metabolisme, dikelilingi membran, dan mungkin terdapat di dalam sitoplasma sel atau organel.Menengah Atas
nutriennutrientBahan yang diperoleh daripada makanan dan penting dalam metabolisme badan. Nutrien seperti protein, mineral, karbohidrat, lemak dan vitamin diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan dengan sempurna.Menengah Rendah
goutgoutPenyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi.Menengah Atas
rawatan kumbahanwaste treatmentRawatan terhadap bahan sampingan yang terhasil daripada proses metabolisme organisma. Contohnya, bahan buangan urea, karbon dioksida dan air.Menengah Atas
adenosina trifosfatadenosine triphosphateSebatian kimia yang bertenaga tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam metabolisme.Menengah Atas
kelompok sel Langerhansislets of LangerhansSel-sel pankreas yang mengeluarkan insulin dan glukagon, dua regulator penting dalam metabolisme gula.Menengah Atas
12

Kembali ke atas